Sunday 21 July 2013

Hopes.

Assalamualaikum :’)

Saya cuma nak ucapkan tahniah sebab awak dah jumpa dengan seseorang yang mampu menjadi yang terbaik untuk awak. Jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya lakukan terhadap awak dahulu :’) dia mampu menjadi yang jauh lebih baik untuk awak. Perasaan saya tak pernah tipu. Saya masih sayangkan awak :’( Saya terlalu sayangkan awak. Terlalu sakit saya rasa bila semuanya saya perlu tanggung sendiri tanpa awak di sisi saya. Setiap hari saya pujuk hati saya, saya pujuk diri saya sendiri supaya buat endah tak endah tentang diri awak tapi setiap kali saya mencuba, saya akan teringat sesuatu yang indah tentang diri awak. Setiap kali sebelum saya tidur, saya akan berdoa supaya suatu hari nanti saya mampu melupakan diri awak. Mungkin Allah s.w.t masih belum memakbulkan doa saya. Terlalu berat buat saya untuk hadapi semua ini. Saya terpaksa ke sekolah dengan “fake smile”. Saya takkan biarkan orang tahu apa yang saya rasa. Saya takkan biarkan orang tahu segala benda yang pahit & kesakitan yang saya alami. Biarlah di mata orang lain & orang akan beranggap yang saya dah move on. Sehinggalah saya terpaksa unfollow awak. Saya minta maaf :’/ saya rasa mungkin itu yang terbaik kerana saya rasa kalau berterusan saya macam ni, saya akan terus menyeksa perasaan saya sendiri :’/ Demi Allah! saya masih bersedih :( saya belum mampu melupakan diri awak dan segalanya yang manis yang pernah berlaku antara kita. Saya terpaksa membohongi awak yang saya sudah maafkan awak. Maafkan saya :’/ setiap kali sebelum saya tidur, saya teringatkan awak. Saya teringatkan semuanya. Kenapa awak buat saya macam ni? Awak jahat! Awak tak pernah ambil tahu tentang diri saya dan akhirnya ini yang saya terpaksa hadapi. Kenapa? Kenapa saya? Kenapa saya yang perlu berhadapan dengan semua ini, awak? Kenapa awak sakitkan hati saya? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hati saya tak pernah tenang selepas apa yang telah berlaku. Saya masih belum boleh lupakan awak. Maafkan saya :’/ tapi saya janji yang saya tidak akan menganggu hubungan awak sebab saya tahu semuanya telah ditakdirkan Allah s.w.t :’) saya Cuma berharap yang awak mampu menjadi yang terbaik untuk dia. Saya taknak awak sakitkan hati dia sepertimana yang saya rasa. Saya nak tengok awak bahagia dengan dia. Tiap-tiap hari saya akan tengok profile ((twitter)) awak & walaupun saya dah unfollow awak tapi tak bermakna saya membenci awak. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu saya terhadap awak bila saya baca tweet awak. Tetapi saya masih berfikir, salahkan saya menyayangi seseorang itu sedangkan orang itu sudah dimiliki? :( perlahan-lahan saya akan pujuk diri saya. Awak jangan risau, saya akan tetap menyayangi diri awak. Sedikit pun kasih sayang saya terhadap awak tak berubah dan sama seperti dahulu hingga sekarang. Biarlah kasih sayang saya terhadap awak hanya saya & Allah s.w.t sahaja yang mengetahui sebesar mana kasih sayang saya pada awak.Walaupun terlalu pahit buat saya tetapi saya redha dengan semuanya. Saya menerima ketentuan-Nya. Walaupun saya mampu ‘delete’ semua convey kita , number awak, unfollow awak tetapi saya masih tak mampu untuk lupakan segalanya tentang diri awak sebab semuanya terlalu indah & saya takkan mampu melakukannya. Selepasni awak :

a)      Jangan tinggal solat walau sesibuk manapun awak
b)      Jangan lupa makan
c)      Jaga diri awak, kesihatan awak
d)      Jangan lupa makan ubat kalau awak tak sihat.
e)      Jaga dia sebaik-baiknya :’(
Lots of love,
Nurul Aliah Binti Iskandar Thani